Saturday, 24 December 2011

2012 Kick Off

Kick Off 2012 akan diadakan pada 30hb Disember 2011 di Bukit Jalil Golf & Country Resort bermula pada 7 malam.
Semoga pada tahun 2012 MAA Takaful Bhd akan lebih cemerlang lagi dan Agensi Abrar juga akan lebih berjaya lagi.

Insyallah...


Tuesday, 13 December 2011

Tanda awal penyakit kronik-Utusan Malaysia

HARI ini pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan sangat penting bagi setiap individu agar sentiasa peka terhadap perkembangan tubuh badan sendiri dan tidak mengambil mudah mengenai isu kesihatan.
Tambahan pula pelbagai penyakit mudah menyerang mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes).
Kesemua penyakit yang disenaraikan di atas adalah kombinasi masalah perubatan yang menjurus kepada sindrom metabolik dan ia secara tidak langsung merupakan ancaman kesihatan yang membimbangkan.
Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir, lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik.
Ini kerana, katanya, sindrom ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus melainkan dengan kehadiran pelbagai penyakit kronik yang dihidapi oleh penghidap yang menyebabkan kepada kewujudan sindrom tersebut.
"Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai tiga daripada lima komponen penyakit yang dinyatakan, mereka ini akan dilabelkan sebagai penghidap sindrom metabolik.
"Selalunya, sama ada seseorang itu mempunyai sindrom metabolik atau tidak, beberapa persoalan perlu ditanya kepada diri sendiri," katanya ketika ditemui sempena Minggu Kesihatan, di hospital berkenaan baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.
Kebiasaannya penghidap sindrom ini mempunyai gaya hidup yang tidak sihat akibat kurang atau tiada masa melakukan senaman.
Faktor lain yang menyumbang kepada sindrom tersebut adalah peningkatan umur, berat badan berlebihan, sejarah keluarga, perokok, pemakanan yang tidak sihat serta cara hidup yang tidak sihat.
Mengulas lanjut mengenai sindrom ini, menurut Dr. Shaharuddin, kajian kesihatan yang dilakukan pada tahun 2006 mendapati dua daripada lima orang dewasa ataupun 43 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Bagi kategori remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun pula, sebanyak 38 peratus mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Ulas beliau lagi, semua individu yang mempunyai masalah sindrom metabolik memerlukan motivasi bagi mengubah gaya hidup yang lebih sihat.
Beliau turut menasihatkan individu yang mempunyai sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi dan diabetes supaya segera mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom tersebut.
"Jika ada individu yang menghidap sindrom ini, segeralah jalani pemeriksaan doktor dan sentiasa awasi kesihatan secara berterusan.
"Bagaimanapun, sindrom metabolik ini tidak semestinya dihidapi oleh mereka yang obes dan ada kebarangkalian mereka yang bertubuh kurus turut menghidap sindrom ini," tambahnya lagi.
Justeru, katanya, bagi mengelak masalah lebih parah, pesakit digalakkan mengambil makanan yang sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal mereka.

132,801 peminjam PTPTN disenarai hitam-Utusan Malaysia 25/11/2011

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikenakan tindakan senarai hitam pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen dan dihalang daripada ke luar negara sehingga 31 Ogos lepas.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tindakan senarai hitam itu adalah langkah terakhir dalam usaha memberi peringatan kepada mereka untuk membayar balik pinjaman selepas diberi empat notis awal untuk berbuat demikian.
Menurutnya, bayaran balik itu membabitkan jumlah pinjaman sebanyak RM2.1 bilion.
"Namun, PTPTN masih berlembut terhadap peminjam yang disenarai hitam itu dengan membenarkan mereka ke luar negara sekiranya mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.
"Adalah biasa bagi saya termasuk menteri mendapat panggilan pada waktu malam daripada peminjam yang disenarai hitam merayu supaya dibenarkan ke luar negara. Kita benarkan sekiranya mereka memberi alasan yang kukuh," katanya menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Menurut Saifuddin, PTPTN tidak berniat menyulitkan peminjam berkenaan kerana telah melaksanakan pendekatan yang fleksibel dalam mendapatkan bayaran balik pinjaman daripada mereka.
"Pada tempoh ini (senarai hitam), kami masih boleh berunding dengan peminjam untuk penjadualan semula bayaran pinjaman masing-masing sebelum tindakan selanjutnya diambil termasuk saman.
"Justeru, tuduhan yang mengatakan kami zalim adalah tidak benar kerana kita sangat berlembut, malah PTPTN kini berhadapan dengan masalah dalam melayan kerenah peminjam ini," katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Saifuddin berkata, PTPTN sentiasa menghubungi peminjam bagi mengingatkan mereka mengenai tanggungjawab membayar dan mengemas kini alamat masing-masing.

Friday, 2 December 2011

Kelas BOP,Motivasi Dan Produk

Salam semua,

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi consultant di MAA Takaful dijemput untuk menghadiri kelas-kelas BOP (Business Oppurtunity Program) yang diadakan pada setiap malam Selasa & Khamis bermula pada pukul 8 malam di Tingkat 4,Wisma Kah Motor bersebelahan dengan Kompleks Mutiara Jalan Ipoh KL.

Tiada bayaran dikenakan.PERCUMA.Anda boleh mengetahui tentang MAA Takaful dan kelebihan menjadi consultant di MAA Takaful.

Anda boleh hubungi/SMS 019-3031186 En. Man untuk info lanjut.

Sekian