Wednesday, 7 September 2011

Anugerah Antarabangsa Utk MAA TAKAFUL BHD

MAA Takaful, Menara MAA, 15th Floor, 12, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur
KENYATAAN AKHBAR
25 OGOS 2011 Untuk Terbitan Segera

PORTAL AGENSI MAA TAKAFUL MENANG ANUGERAH ANTARABANGSA

Saranan dan usaha MAA Takaful Berhad dalam mensasarkan inovasi dan perubahan untuk proses perniagaannya telah diiktiraf oleh IDC Financial Insights untuk kategori „Financial Insights Innovation Awards – Insurance‟, di „Asian Insurance Congress‟ Singapura hari ini.
Anugerah ini telah menambah satu lagi kemenangan mutlak kepada MAA Takaful kerana „Financial Insights Innovation Awards (FIIA)‟ adalah satu badan yang disegani dalam memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada institusi kewangan di Asia Pasifik yang mengadaptasikan inovasi dalam teknologinya sebagai tunjang perubahan utama bagi membezakannya dari pesaing-pesaing yang lain. „MAA Innovative Consultant Management System (iCMS)‟ yang dibangunkan oleh MAA Takaful dalam masa dua tahun, telah berjaya mengenepikan 68 pencalonan dari 25 buah negara di seluruh Asia Pasifik.
“Pengiktirafan ini adalah bukti kepada komitmen syarikat dalam menyediakan penyelesaian jualan yang menyeluruh atau „one-stop-solution‟ untuk semua ejen MAA Takaful. iCMS mempermudahkan proses penjualan produk takaful serta menjadikan ejen lebih efisyen bagi mengurus dan mengendali perniagaan takaful mereka. Pengiktirafan ini juga mengangkat MAA Takaful bukan sahaja sebagai syarikat agensi No. 1, malah ianya juga mempunyai sistem pengurusan agensi No. 1. Saya amat berbangga kerana kami merupakan syarikat takaful yang pertama dari Malaysia yang menerima pengiktirafan bertaraf antarabangsa ini," Encik Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif.
MAA iCMS merupakan sebuah sistem penyelesaian yang komprehensif untuk semua tenaga agensi; di mana sistem ini menggabungkan proses perniagaan utama seperti automasi jualan, pengurusan perhubungan pelanggan dan juga pengurusan agensi melalui sambungan platfom tunggal. MAA iCMS yang diakses melalui portal agensi yang dibina khas telah berjaya menyelaraskan sepenuhnya e-penghantaran yang mempunyai ciri sistem tandatangan digital, di mana ianya membolehkan ejen menghantar kes permohonan secara online.
“Kami berasa amat berbesar hati untuk meganugerahkan kecemerlangan inovasi ini kepada MAA Takaful Berhad untuk sistem automasi jualan dan pengurusan agensi mereka (MAA Innovative Consultant Management System atau iCMS). Kehebatan rekabentuk sistem ini amat mengagumkan kami di mana MAA Takaful mampu menawarkan satu penyelesaian terbaik untuk kesemua tenaga agensi dengan membenarkan mereka mengawal keseluruhan fungsi sebelum dan selepas jualan, serta pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tenaga agensi seperti merancang, mengawalselia dan memantau aktiviti jualan mereka. Portal ini juga membenarkan akses serta-merta untuk sebarang maklumat terkini yang berkaitan lalu membolehkan agensi membuat tindakan sewajarnya berdasarkan maklumat tersebut dengan hanya satu klik dari mana-mana tempat di seluruh dunia; sekaligus meningkatkan mobiliti, fleksibiliti dan kecekapan dalam proses mereka,” komen Li-May Chew, Penolong Pengarah Penyelidikan, IDC Financial Insight Asia/Pasific.


Tuesday, 6 September 2011

MY ACCOUNT - Kemudahan untuk Peserta Takaful

My Account adalah satu kemudahan yang diwujudkan oleh MAA TAKAFUL BHD supaya para pelanggan atau peserta takaful MAA TAKAFUL dapat memeriksa akaun takaful mereka secara online tanpa perlu menelefon atau pergi sendiri ke kaunter untuk bertanya berkenaan dengan akaun takaful mereka.
Peserta cuma perlu membuka website MAA TAKAFUL dan click icon MY ACCOUNT untuk mendaftar untuk first time user dan mengikut arahan yang diberikan.Selepas pendaftaran selesai maka peserta boleh memeriksa akaun mereka seperti bayaran,manfaat takaful dan maklumat agen dan butir peribadi.


Monday, 5 September 2011

AGENSI ABRAR MAA TAKAFUL: Latest Award For MAA TAKAFUL BHD

AGENSI ABRAR MAA TAKAFUL: Latest Award For MAA TAKAFUL BHD: Name of Institution: MAA Takaful Berhad Name of Award: Innovation in Sales Automation and Agency Management -- iCMS iCMS is MAA Takaf...

Latest Award For MAA TAKAFUL BHD

Name of Institution: MAA Takaful Berhad Name of Award: Innovation in Sales Automation and Agency Management -- iCMS
iCMS is MAA Takaful’s solution-in-a-box for its agency force. The solution integrates sales automation, customer relationship management (CRM) and agency management on a single platform. The iCMS is designed on a robust architecture incorporating tools and processes which meets and addresses performance, efficiency and business needs. iCMS allows Takaful's agents to plan, track and monitor their production as well as carry out customer profiling. Equipped with e-submission and digital signature features, the portal also facilitates the approval process and updates the agency forces on developments, news and products of MAA Takaful.

Please refer below:
http://www.idc-fi.com/getdoc.jsp?containerId=prSG23002911

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami di Agensi Abrar MAA TAKAFUL ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pelanggan kami dan agen2 kami.
MAAF ZAHIR & BATIN.